Resepi Air Cendol! :P

ASSALAMUALAIKUM 


Bismillahirahmanirahim... Baru-baru ni,aku ada tolong my mum buat cendol!  Masa tengah busy tolong mama aku buat cendol ni kan. Tetiba niat dalam hati yang suci dan murni ini,  aku nak kongsi resepi cendol! Ha'ah.. cendol! Maka dengan  suka cita dimaklumkan,bahawasanya aku nak kongsi resepi cendol di sini. wuhuu! Jadi,kalau sesiapa yang belum pernah cuba buat cendol... Boleh try resepi ini... :")

Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cendol adalah seperti berikut:-

Pertama-tama.. eh? dah sebut macam indon pulak. -.- Okay2 siyes now! Pertama sekali korang sediakan kain buruk dan  senduk ye. ha'ah ini sangat diperlukan bagi melancarkan  resepi cendol yang special ini. ceewahh.  -.-


 Acuan lobang-lobang dan yeah! di sebelahnya pula adalah air kosong. Nanti aku bagitahu kuanti airnya..


Tepung jagung+tepung gandum+tepung beras,air kapur dan air tadi dicampur dengan daun pandan yang telah di'blend'kan.


Pewarna epal hijau Star Brand


Bahan-bahan:-

1 mug tepung beras
2 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
4 mug air
5 helai daun pandan
 1 mug air (air putih dicampur dengan daun pandan yang telah di'blend'kan)
1 camca teh air kapur

Cara-cara membuatnya:-

1. Masukkan air putih dicampur dengan daun pandan yang telah di'blend'kan ke dalam campuran tepung. (Tepung jagung+tepung gandum+tepung beras)


2. Masukkan air kapur.


3. Masukkan pewarna hijau epal.


4. Kacau hingga sebati. Lepas tu,korang tapis bahan ni.. Masukkan dalam periuk...


5. Masak dengan api yang kecil.


6. Kacau hingga pekat dan berkilat. (ambil masa lebih kurang 25 minit)


7.  Ambil satu senduk adunan tadi,kemudian tuang atas acuan yang berlubang.. Lepas tu, guna senduk kayu untuk tekan adunan atas tu,hingga masuk dalam mangkuk yang berisi air.


Maka jadi la macam ini. Bila dah siap,sejukkan dahulu.. Lepas tu masukkan dalam peti ais.


Bahan untuk air gula:

2 cawan gula merah
5 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan air


Cara-caranya:
Masukkan semua dalam periuk,masak dengan api yang perlahan sehingga  gula hancur... (ambil masa lebih kurang 15 minit) Dah siap,jangan lupa tapis air gula tu...  Selepas itu,sediakan santan satu kotak kecil, secubit garam. Kemudian bancuh,  air gula tadi bersama dengan santan dan garam..  Pandai-pandai la korang agak-agak kan? Ikut cita rasa korang. :)


Selamat mencuba! ;)




Tata!

14 Response to "Resepi Air Cendol! :P"

  1. awwwwwwwww.cedapnyer

    CaDLyNN says:

    rajinnye.......

    oya says:

    terigin cendol la plak mcm ni..

    tiap2 ari minggu...mesti mengidam air cendol..hehehe

    suka beli je.. hehe

    kak izan suka ni! tapi kalau MIL buat mmg best.... buat sendiri blm pernah lagilah...hehe

    fazey says:

    nampa sedap. hehehe.. resepi pun senang

    @Qu azniza ;)
    kan kan kan?^^

    @CaDLyNN
    ;)

    @oya
    haha.. buat la cendol.. kan dah ada dah resepi ni.. =P

    @C.M.A @ CikMoonAdnan
    wahh.. tiap2 ari minggu? hehe ;)

    @Izan Ishak
    akak,try la buat.. ;)

    @fazey
    memang sedapppppp.. ;)

    Dah lama ni tak minum cendol..:)

    favo ni.. cendol.. :)
    TQ for sharing..

 

AidaAzryn template designed by AzhafizahMdNor ©2011 All Rights Reserved